Sunday, 2 March 2014

Koleksi

Assalam...

hmmm... teringat aku kepada satu sesi temubual dengan seorang pensyarah dari Akademi Islam, UM dalam stesen radio baru2 nih (lupa pulak namanya siapa) pasal penggunaan Assalamualaikum dan hadis2 berkaitannya. Bila ditanya oleh seorang pemanggil berkaitan 'Assalamualaikum' ada hadis yang kata tak boleh guna 'Assalam', 'Salam' dan lain2 yg seumpamanya.

Dr. tersebut menjawab... 'tidak ada salahnya menggunakan perkataan yang dipendekkan... Assalamualaikum dipendekkan menjadi 'Salam'/'Assalam' asalkan semua orang tahu maksud bila kita menyebutnya secara ringkas'. Begitulah jawapannya lebih kurang, maklumlah aku mendengar siaran tersebut sambil memandu, tak fokus sangat.

So, terpulanglah nak bersms or taip penuh atau singkat. kalau kredit banyak bolehla taip penuh, kalau kredit sikit taip pendek pun tak jadi masalah.


Sebenarnya, aku nak cerita hari ni aku buka balik laptop aku dan jumpa gambar2 lama yg ada dalam koleksi, dan ada baiknya aku kongsikan sikit kat sini.... sikit2 la.

Antaranya....
 
Akmal... semasa majlis penyampaian sijil tadika 2009
       Hari Keluarga KSKB 2010                   
Amanina di majlis kahwin sepupunya

Mandi di Air Terjun Gunung Ledang

Bercuti di Janda Baik, Pahang


Wednesday, 15 January 2014

Catatan 2014

Assalamualaikum,

Lama giler aku tak menjengah blog aku nih... banyak dah cerita aku yg aku tak upkan lagi dalam blog nih.

Takder masa la... bukan apa banyak sangat blog nak maintain, group fb lagi. Friendster tinggal terus dah. lain2 media sosial pun aku dah lupa kata laluan dia.

Nanti la bila ada masa nanti aku update balik blog nih. banyak cerita aku nak abadikan kat sini. bukan niat nak suruh sesiapa baca pun, cuma nak buat kenangan jer. kang lupa pulak kisah2 perjalanan aku. Bila letak kat sini, 4/5 tahun lagi boleh baca balik. Harapnya blogger masih ada la masa tu, jangan jd macam goecities dah la.... penat aku maintain, last2 tutup.

Ingat balik kenangan lalu....

Ceh macam KL KL pulak. Kenangan Lalu Kuala Lumpur.... ops tu dalam KLFM. Radio kegemaran aku suatu masa dulu. 97.2FM tp bila dia start buat hal.. siaran tak dapat kat tempat aku, aku cari stesen lain plak (sekarang dah dapat balik dah). Jumpa 93.9FM - Bernama Radio 24. Terus jatuh hati.... banyak info boleh dapat kat 2 stesen radio nih... bukan macam radio lain asyik laaagu jer (kecuali IKIM FM la). Korang nak tahu kenapa aku suka sangat dengar 2 stesen radio nih?... Puncanya, sebab En.Azli Paat (arwah dah - AlFatihah). Aku suka sangat dengar info pasal ICT dari dia, segala macam soalan selamba jer dia jawab...

Sekarang nih (sebenarnya bermula pertengahan 2014 lagi) dah lama dah tak dengar Slot tu... Aku rasa sebab penggantinya tu tak sama macam pengasasnya.

Kalau masa arwah ada dulu, tak kira dimana dia ada, tetap akan online, jarang sekali kita tak dapat dengar suaranya, walau pun dia kat luar negara. Rasanya kalau dia tak online pun mungkin sebab dia dok meeting, tak pun dia tak sihat.

Aku ni sebenarnya tak la terror bab it ni, bukan bidang aku pun. Tp sebab minat, aku belajar sendiri, godek2 lama2 dapat la sikit ilmu. Arwah En.Azli banyak bagi info pasal IT nih kat aku.


Thursday, 5 September 2013

Raya Lagi

Tahun ni aku rasa sambutan raya kurang meriah sikit la berbanding tahun2 sebelumnya.

Mungkin juga sebab umur dah makin meningkat, nak menyambut raya lebih2 tu macam tak sesuai la pulak. Takpun mungkin sebab raya kat kg isteri aku kot.

Dah balik semula ke Serdang pun nampak macam sambutan tak berapa nak meriah sangat la. Kat taman perumahan pun tak ramai yang buat rumah terbuka, tak seperti biasa. Kami pun tak banyak berjalan ke rumah2 terbuka kecuali yg betul2 rapat jer.

Hmmm.... baru aku perasan rupanya tahun ni kitaorang tak banyak berjalan sebab anak aku yang no.2 tuh nak periksa UPSR ~ si Dina tu la. Darjah 6 tahun nih, mungkin sebab tu kot kami tak banyak berjalan. Ada 2 periksa besar dia kena duduki tahun ni. UPSR dan PSRA. Minggu depan dan nak start UPSR tu yang maknyer sibuk duk mengajar siang malam tu, sampai nak beraya pun tak sempat. Maaflah yer kepada sesiapa yang dah menjemput tp aku tak pergi.

Monday, 19 August 2013

Raya 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Mohon maaf zahir dan batin.


Tahun ni kami sekeluarga beraya di kg isteri aku... Muar, Johor Darul Takzim
Kalau kat Muar nih, makanan utama kalau hari raya takder lain dah... Ketupat Nasi...
pastu lauk dia rendang, kuah lodeh. 3/4 biji rumah kitaorang pergi beraya sama jer menu dia.

Gambar ini di pagi Aidilfitri...

Tak banyak aktiviti raya tahun nih... kami sekeluarga lepak kat rumah jer sebelah pagi. Dah masuk tengahari baru kami pergi berjalan raya di rumah kakak ipar aku kat Jalan Junid. Orang Muo panggil JJ.


Potong kek bersama 'Ayah'
Lepas tu, sebelah petangnya kami beraya di rumah penjaga budak2 tuh.. kat Merlimau, Melaka. Dekat jer, perjalanan sekitar 30 minit jer. Kat sini sempat juga mereka meraikan hari lahir Akmal, kebetulan Hari Raya tahun ni jatuh pada 8.8 bersamaan dengan hari lahir Akmal....

Rumah ni sebenarnya rumah anak mereka yang sulung.. 

Jauh Akmal sambut hari lahir... sampai ke Melaka.
Balik semula ke Muar dah malam, sampai kat rumah dah Maghrib. Malam tu kami potong kek lagi, raikan hari lahir Akmal lagi. Mak Alang diaorang dah belanja kek harijadi awal2 lagi. Malam raya aku dah beli siap2 takut bila pagi raya kedai kek tak buka.

Wednesday, 14 August 2013

Puasa 2013

Cerita bulan puasa yang baru lepas....

Sabtu sebelum raya aku dah send anak2 aku balik kg dah, ikut Mak Lang diorang. nak buat cam mana diorang dah tak sabar-sabar nak balik kg. kebetulan kereta pun kosong. Mak Lang diorang balik berdua jer. Anak-anak takder, dapatlah anak2 buah tu menumpang.

Tinggal la aku, isteri dan anak lelaki kami jer.

Tengahari tu kami ke pejabat isteri aku, nak siapkan kerja katanya .... maklumla nak cuti panjang, lepas balik dari cuti terus ada meeting, so kena la siapkan dulu apa yang patut.

Akmal tgh layan internet kat office Mamanyer
Hari Rabu aku dan isteri dah mula cuti, cadangan asal nak bertolak pagi Rabu tu.... petang Selasa lepas kerja ingat nak cari port buka puasa kat luar dekat area Serdang. Bekalan dalam peti ais dah kosong nak masak cam mana, pusing punya pusing kedai semua dah tutup... yang ada mamak jer. Call member kat Kota Perdana ~ Aminie Restoran. "Maaf la bang kami dah balik kg." Maunyer tak balik kg lagi 2 hari nak raya... kg kat Kelantan kalau lagi lambat balik lagi teruk jalan jem.

Takper kita pergi jauh sikit... Desa Serdang ~ Utama Seafood.... pun tutup juga.

Mana nak lepak nih, nak gi Sepang? jauh sangat, waktu berbuka dah dekat, tak sempat sampai nih.... dapat idea - Bangi ~ Perantau Hill. Aku pun terus pecut kereta arah ke Kg.Dato'Abu Bakar Baginda. Sampai di Perantau Hill pun tutup juga.

Macam mana nih... berbuka air kosong jer la nampaknyer hari ni. Kedai semua dah tutup nih...Kita gi Warta je la... pekena kari kepala ikan, mamak pun mamak la. jam dah dekat kul 7. Tak sempat kereta nak slow aku dah tekan minyak. Nasib baik sampai kat area Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Bangi tu ada kedai buka. Kami masuk kedai yang pertama.... "maaf bang dah penuh, tak der meja kosong lagi dah". Mak aih... sampai penuh kedai makan tuh. Kami gerak ke depan sikit, kali ni kami bernasib baik... masih ada yang kosong lagi. dalam otak aku ada dua kemungkinan.... makanan tak sedap, takpun mahal, orang tak nak masuk.... habis tu nama dia 'Restoran Hani - Medan Ikan Bakar, Sg.Merab'.

Tak kisah la mahal ker murah ker yg penting aku boleh buka puasa dengan nasi. Masuk jer kita orang terus order, nasi goreng jer pun bukanya order ikan bakar... ada la sikit campur sup cendawan, ngan sotong goreng tepung... tetiba aku nampak abang 'waiter' tu asyik ulang-alik bawa telur dadar, nak bg siapa pun tak tahu la.





Tukang masak terbaik, orang ramai tp semua dapat makanan sebelum waktu berbuka. Ada la juga yg dapat lambat tp dah diorang tu order lambat sangat.

Sotong goreng tepung tak sampai lagi.
Aku tengok sorang pekerja dia nih kehulu kehilir bawa telor dadar. Siapa yang order tak tahu la. Semua meja dia dok tanya. "Bang, telur tu takder orang nak ke bang? Kalau takder yg nak letak je la kat sini".
Tiga kali aku tanya abang tuh, masuk kali ke3 baru dia letak kat meja aku.

Takder la mahal mana pun .... dalam RM40 jer kami 3 beranak makan.


Lepas buka petang tu kitaorang terus bertolak balik ke kg... kalau tunggu lagi ni kang pagi nnt tak tahu la nak sahur dengan apa plak. Kedai confirm dah semua tak buka.

Keluaga Aku

Assalamualaikum kepada semua yang mungkin secara tak sengaja terbaca blog aku nih...

Mesti korang konpius kan macam mana la boleh sampai ke blog aku nih...



Sesuai dengan nama blog aku nih, aku nak cerita la sikit tentang Keluarga Aku nih walaupun korang tak nak tahu... abis tu siapa suruh masuk blog aku.


                                 Aku ~ Mohd Asri bin Abdullah berasal dari Ketereh, Kelantan.

                                 Isteri Aku ~  Saharia binti Mohd Jani berasal dari Muar, Johor.

Kami kini bekerja di UPM @ Universiti Putra Malaysia.  dan menetap di Seri Kembangan

Hasil perkahwinan kami kami telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Yang sulung :


                                                      Nurliyana Nasriah Mohd Asri

Kedua :


                                                                  Nurirdina Najihah

Ketiga :


                                                                   Muhamad Akmal

Keempat :


                                                               Nur Amanina Nadzirah

Anak kedua hingga keempat nih lahir di Hospital Putrajaya kira orang Wilayah Persekutuan la nih. Cuma yang sulung jer lahir kat Hospital Kajang, automatik jadi orang Selangor.